PROGRAM SEKOLAH



TAKWIM PEPERIKSAAN



UJIAN MAC - 6-8 Mac 2012

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN - 22-24 Mei 2012

UJIAN BERSAMA NEGERI (THN 6) - 24 -26 Julai 2012

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) - 11-13 September 2012

UJIAN AKHIR TAHUN - 6-8 November 2012





PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


KEJOHANAN MERENTAS DESA - 3 MAC 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG - 25 MAC 2012

HARI KARNIVAL USAHAWAN - 21 APRIL 2012

KEM GERAK MINDA UPSR - 13 MEI 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH - 16 MEI 2012

MOTIVASI WARIS KALI PERTAMA - 20 MEI 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SKSKR - 26 SEPTEMBER 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG - 14 OKTOBER 2012







GALERI SKSKR

PROSES SOSIOLISASI


Pengertian Sosialisasi


Pengertian sosialisasi mengacu pada suatu proses belajar seorang individu yang akan mengubah dari seseorang yang tidak tahu menahu tentang diri dan lingkungannya menjadi lebih tahu dan memahami. Sosialisasi merupakan suatu proses di mana seseorang menghayati (mendarahdagingkan - internalize) norma-norma kelompok di mana ia hidup sehingga timbullah diri yang unik, kerana pada awal kehidupannya tidak ditemukan apa yang disebut dengan “diri”.
Dengan mempelajari bagaimana orang berinteraksi maka kita dapat memahami orang lain dengan lebih baik. Dengan memperhatikan orang lain, diri sendiri dan posisi kita di masyarakat maka kita dapat memahami bagaimana kita berfikir dan bertindak.
Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan sosialisasi, iaitu “the significant others , the generalized other , looking glass self serta impression management” Masing-masing konsep tersebut memberikan sumbangan yang bererti dalam diri seorang individu yang mengalami proses sosialisasi.
Produk penting dari proses sosialisasi adalah self/personality/diri. Dalam rangka interaksi dengan orang lain, seseorang akan mengembangkan suatu keunikan dalam hal perilaku, pemikiran dan perasaan yang secara bersama-sama akan membentuk self. Agen sosialisasi meliputi:-

keluarga,
rakan sebaya,
sekolah atau institusi,
masyarakat atau komuniti dan
media massa.

1. Keluarga

Ibu bapa merupakan orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan -santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.

Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan sering berbincang masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat-pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak juga menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan-santun.

Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik. Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendaharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya akan disanjung oleh seseorang individu.

2. Rakan Sebaya

Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa sama ada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut.

Bandura juga berpendapat bahawa ibu bapa bukanlah role model untuk kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di peringkat remaja.

Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. Ia juga penting di peringkat ‘geng’ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku di antara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.

3. Sekolah/Institusi

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah.

Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau menganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibu bapa tetapi model tersebut adalah konsisten dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan.

Oleh kerana pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari selama enam hingga lapan jam, sekolah amat mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. Kadangkala konflik nilai boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan di sekolah. Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok, manakala di rumah, terdapat ibu bapa yang merokok dan tidak menghiraukan sama ada anak mereka mencontohi dan mengikut tabiat mereka atau tidak.

4. Komuniti/Masyarakat

Masyarakat di mana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah menjalankan kajian ke atas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas melalui permuafakatan dan tidak terdapat punca-punca yang nyata bagi menimbulkan sebarang kerunsingan. Jarang terdapat perbuatan kurang bermoral di dalam masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu dijaga dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya. Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula, kanak-kanak perlu berinteraksi dengan masyakarat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan mereka bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka terhadap keadaan sekeliling.


5. Media Massa

Satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah media massa. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen ataupun buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka. Iklan-iklan dari majalah, surat khabar dan sebagainya juga memainkan peranan yang sama.

Melalui peniruan dan modelling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model-model yang simbolik daripada media massa. Secara tidak disedari, melalui program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat disampaikan kepada mereka. Contohnya seperti cerita-cerita dongeng, dan sebagainya. Namun, masalah yang serius mungkin timbul apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanak-kanak. Pengiklanan, khususnya jenis iklan memujuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau perkhidmatan, juga boleh meninggalkan kesan buruk atau pengaruh yang tidak baik kepada kanak-kanak.

Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak tercemar. Pelajar-pelajar pula hendaklah diberi perlindungan dan dididik sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.



Peranan dan tanggungjwab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti.

Dalam era moden kini, tugas dan peranan seorang guru semakin berat untuk dipikul. Semakin hari kita didedahkan dengan pelbagai perlakuan yang tidak bermoral di kalangan pelajar sekolah. Terlalu banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang bermoral selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan setiap perkembangan moral rakyatnya,tetapi apa yang berlaku kini? Ramai pelajar telah menjadi manusia yang tidak bermoral dengan melakukan pelbagai gejala yang tidak sihat. Bahkan ada yang pelajar yang sanggup membunuh demi kepuasan dirinya. Satu persoalan yang timbul, kenapakah pelajar dahulu dan sekarang mempunyai nilai yang jauh berbeza sehinggakan mereka kini terpaksa diajar subjek Pendidikan Moral dan Nilai-Nilai Murni dalam Bahasa Melayu Penulisan. Sesungguhnya apakah faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada kemerosotan nilai dalam kehidupan masyarakat pelajar pada masa kini?.
Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

a. Guru sebagai role model.

Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita menjadi role model kepada setiap pelajar kita. Guru lelaki yang menasihati pelajarnya agar tidak merokok ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, sekiranya guru itu sendiri merokok di khalayak ramai seperti di kantin sekolah, di padang ataupun di tempat-tempat lain yang kononnya tersembunyi. Begitu juga dengan sebahagian guru wanita yang menasihati anak muridnya supaya tidak berkuku panjang sedangkan dia sendiri yang berkuku panjang. Jadi, haruslah diingat di sini bahawa, sebagai seorang guru, kita seharusnya memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai role model terbaik untuk dirinya.

b. Kaedah pengajaran

Dewasa ini, mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral sering
dianggap sebagai subjek pelengkap di kalangan pelajar. Dengan kata lain, subjek ini dipelajari hanya disebabkan subjek ini adalah mata pelajaran wajib yang diambil kira dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, para pelajar kurang penghayatan terhadap subjek ketika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kurang penghayatan dalam mata pelajaran kerohanian ini akan memberikan pelbagai implikasi negatif yang membimbangkan. Antaranya, wujud gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang membabitkan kes-kes jenayah terutama salah laku seksual.

Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral merupakan satu-satunya mekanisme yang mampu membina jiwa, membentuk kerohanian dan memupuk akhlak mulia dalam diri pelajar, guru-guru sewajarnya memainkan peranan mencegah salah laku seksual ataupun pelbagai gejala negatif lain yang tidak bermoral dengan menekankan penghayatan subjek-subjek ini kepada pelajar di sekolah. Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Guru seharusnya cuba berusaha mendekati pelajar, membimbing dan menjadi rakan terbaik kepada pelajar supaya pelajar merasakan diri mereka hampir dengan guru agar segala permasalahannya dapat diluahkan.

Kelemahan kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran boleh menghapuskan minat seseorang pelajar terhadap pelajaran tersebut. Sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja, perlu diperbetulkan. Dalam apa juga mata pelajaran di sekolah, guru boleh menerangkan mengenai pengajaran dan ikhtibar yang boleh diambil daripada sesuatu perkara yang diajar. Pelbagai peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai contoh. Tayangan video ataupun VCD tentang apa sahaja yang berkaitan dengan moral boleh ditayangkan kepada pelajar demi menarik mereka terhadap pelajaran tersebut. Dalam erti kata lain, guru di zaman globalisasi kini seharusnya lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian kaedah pengajaran supaya pelajar lebih cenderung ke arah perlakuan yang lebih beretika dan bermoral.

c. Pemupukan nilai-nilai murni

Nilai-nilai murni merujuk kepada perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Cuma perkara yang dikesalkan dalam aspek ini ialah pelajar pada zaman ini sudah mula melupakan nilai-nilai murni ini. Mereka sudah melupai jati diri mereka yang seharusnya menghormati ibu bapa, beradap sopan apabila berbicara, bersikap jujur dan amanah dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang lain, yang kian hari kian lenyap dalam diri mereka.
Pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dapat membantu pelajar dalam penghayatan nilai-nilai murni tersebut. Guru dikehendaki menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Ini kerana, pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik. Agama Islam sebagai ad-Deen atau cara hidup amat menekankan kepada pendidikan akhlak. Selain itu, Pendidikan Moral juga merupakan satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, perasaan moral dan tingkah laku moral.

d. Melayan pelajar sebagai pelanggan

Kualiti diertikan sesuatu yang memenuhi kehendak pelanggan iaitu apa-apa yang pelanggan (pelajar) mahu dari kita. Keperluan pelajar sepatutnya dipenuhi dan bagaimana keperluan pelajar itu dilihat sebagai faktor penting terhadap kejayaan. Keperluan-keperluan yang dimaksudkan di sini boleh terdiri dari perkhidmatan dan layanan yang ingin diterima oleh pelajar. Antara ciri-ciri guru yang baik pada pandangan pelajar ialah guru bukan sahaja boleh menyampaikan isi pelajaran tetapi juga dapat memahami pelajar sebagai individu, sentiasa disenangi dan mudah dibawa berbincang. Setiap kehendak pelajar harus diikuti asalkan kehendaknya itu tidak melampaui batasan. Guru seharusnya bersabar dengan karenah pelajar yang “macam-macam”. Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dengan perasaan gembira dan menyeronokkan.

Di samping itu, sifat-sifat seperti ini juga dapat mempengaruhi perlakuan dan tingkah laku pelajar. Guru yang bermoral dan beretika, dapat melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab dan berwawasan kerana guru sebegitu adalah idola pelajarnya. Guru bagaikan ibu bapa kepada murid atau pelajar. Kalau ibu bapa kandung memberi tempat tinggal, pakaian dan makan minum, guru pula memberikan ilmu, didikan, budi dan akhlak serta membentuk kepandaian dalam kehidupan. Guru yang penyayang akan mengambil tahu masalah muridnya serta sedia mendengar dan memberi perhatian kepada muridnya. Murid yang lemah dikasihani, yang silap ditegur dengan baik. Kecemerlangan pelajar adalah kejayaannya. Sebarang bantuan diperlukan oleh pelajar akan dibantu guru. Itulah guru yang penyayang. Guru seumpama itu akan disanjung dan diingati oleh pelajarnya. Pelajar akan terasa rindu untuk ke sekolah. Pelajar akan mengikut arahan dan meniru peribadinya. Pendek kata guru itu akan menjadi idola kepada pelajarnya. Hasil jalinan kasih sayang ini, sekolah akan menjadi model pendidikan yang terbaik. Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum akan dapat dicipta oleh sekolah tersebut hasil kerjasama erat. Dalam masa yang sama akhlak dan etika pelajar juga dapat dibentuk, digilap dan dibajai dengan secukupnya supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan.



Penutup

Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat. Melalui sistem pendidikan, pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial remaja semakin hari semakin menular.

Perkembangan manusia yang sempurna perlu dilengkapkan dengan penguasaan emosi dan insaniah sejajar dengan kepentingan akademik. Kedua-dua bentuk kurikulum (formal atau tidak formal) di dalam dan di luar bilik darjah, perlu digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan. Penilaian terhadap pelajar perlulah menyeluruh. Kualiti pendidikan dapat ditegakkan dengan cara membina benteng ketahanan dalam diri seseorang pelajar melalui penggarapan nilai-nilai moral dan etika. Penggarapan nilai-nilai moral dan etika mampu untuk membebaskan masyarakat daripada sebarang gejala buruk dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bebas dari gejala jenayah dan keruntuhan moral. Oleh yang demikian, seluruh kaum pendidik hendaklah mempunyai visi, wawasan dan keterampilan bagi menghadapi cabaran alaf akan datang. Mereka wajar mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan melakukan anjakan paradigma bagi membolehkan mereka diiktiraf, sekaligus berperanan bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berwawasan dan berkualiti.

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID


PENGERUSI : TUAN HAJI HABIB BIN CHE RUS (GURU BESAR)
N/PENGERUSI 1 : PN. FIAKKRIAH ABDULLAH ( PK PENTADBIRAN)
N/PENGERUSI 2 : EN. S.RAJAMOHON (PK HAL EHWAL MURID)
N/PENGERUSI 3 : EN. AZMI AZIB (PK KO KURIKULUM)

SETIAUSAHA : PN SITI SARAH ABDUL HAMID

AJK

EN. AZMI OTHMAN (DISIPLIN & PENGAWAS)

PN. HAJAH ROHANA ABDULLAH (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

PN. NOR MAZURA ABDUL HAMID (SPBT)

PN. NURLISA MOHD SHUBLI (KANTIN/RMT/SUSU SEKOLAH)

PN. NOR HAZILA HASHIM (REKOD DAN PENDAFTARA)

EN. ROSLAN AHMAD (PERHIMPUNAN MINGGUAN/KHAS)

EN. ROSLY AHMAD (KECERIAAN DAN KEBERSIHAN)

PN. SUHAIDA SAMSUDIN (KESIHATAN DAN RAWATAN)

PN. ZARINA HASHIM (PENGURUSAN KE SEK MEN)

EN. AZMAN DOLLAH (PELUPUSAN)

PN. NORIZA CHE YAHAYA (LAWATAN DAN PELANCONGAN)

EN. MOHAMAD SULAIMAN (KESELAMATAN SEKOLAH)

EN. MOHD ADIB HASSAN SAARI (PENDIDIKAN ANTI DADAH)

EN. A.AZIZ MAT DESA (PENCEGAHAN JENAYAH)









JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH



PENGURUSAN PENTADBIRAN

PENGERUSI : TUAN HAJI HABIB BIN CHE RUS (GURU BESAR)
N/PENGERUSI 1 : PN. FIAKKRIAH ABDULLAH ( PK PENTADBIRAN)
N/PENGERUSI 2 : EN. S.RAJAMOHON (PK HAL EHWAL MURID)
N/PENGERUSI 3 : EN. AZMI AZIB (PK KO KURIKULUM)

SETIAUSAHA : PN. ROHANA ABDULLAH (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
AJK : EN. MOHAMAD SULAIMAN (GURU DATA)



JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH

PENGERUSI : TUAN HAJI HABIB BIN CHE RUS (GURU BESAR)
N/PENGERUSI 1 : PN. FIAKKRIAH ABDULLAH ( PK PENTADBIRAN)
N/PENGERUSI 2 : EN. S.RAJAMOHON (PK HAL EHWAL MURID)
N/PENGERUSI 3 : EN. AZMI AZIB (PK KO KURIKULUM)

SETIAUSAHA : PN SUHAIDA SAMSUDIN

AJK

PN. ROHANI MAN (BAHASA MELAYU)

PN. PUGANESWARY A/P MUNIANDI (BAHASA INGGERIS)

PN. MASITAH OTHMAN (MATEMATIK)

PN. FAIRUZ IRDAWATI ABDULLAH (SAINS)

EN. MUHAMAD MUZAKIR MAHFUZ (PENDIDIKAN ISLAM)

EN. MOHD ADIB HASSAN SAARI (J-QAF)

EN. AZMAN DOLLAH (KEMAHIRAN HIDUP)

PN. SHARIFAH ROHANA SHIHABUDIN (SIVIK/ K TEMPATAN)

EN. TAUFIK BUJANG (PEN JASMANI)

EN. ROSLAN AHMAD (MUZIK)

PN. NURLISA SHUBLI (PEN SENI VISUAL)

PN. BAHJATUL MARDHIYAH (BAHASA ARAB)

PN. SUHAIDA SAMSUDIN (KESIHATAN)

PN. MARSHITAH AHMAD (SETIAUSAHA PEPERIKSAAN)

EN. MOHAMAD SULAIMAN (GURU DATA&PENYELARAS ICT)

PN. SUEMANIE EE (PUSAT SUMBER SEKOLAH)

EN. A.AZIZ MAT DESA (PEMULIHAN KHAS)

CIK NORAIZAN OSMAN (PRA SEKOLAH)

PN. ROZITA RAZAK (LINUS)










LAGU SEKOLAH



LAGU SEKOLAH SK SG KARANGAN


Seri Indah di pinggir desa
Berdiri teguh sekolah kita
Aman damai oh suasana
Ceria dan Sentosa

Kami sanjung bakti guru
Ajaran mulia pasti berjaya
Pengetahuan suluh Kemajuan
Itulah cogan kata sekolah kita berjaya

Usaha itu pegangan kita
Berjaya menjadi cita-cita
Berperibadi mulia harapan bangsa
Membangunkan negara...

Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan
Jasamu tetap di kenang
Jasamu tetap di kenang....

ni haaa... lagu baru SK SUNGAI KARANGAN


Seri indah di pinggir desa
Megah sekolahku tercinta
Aman damai suasana
Ceria dan sentosa

Jasa Guru kami sanjungi
Gigih usaha berhenah mulia
Cekal tabah mendidik kami
Sehingga mencapai cita-cita

Pengetahuan suluh kemajuan
Cogankata jadi pedoman
Martabatkan pendidikan
Mengharum sepanjang zaman

Guru terus berbakti
Majukan sekolah ini
SK Sungai Karangan
Cemerlang Gemilang dan Terbilang

VISI DAN MISI SEKOLAH



VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang



MISI

Membangun Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti


LAMAN BAHASA MELAYU PENULISAN

ISTILAH BOMBASTIK BAHASA MELAYU


Sebahagian daripada istilah-istilah bombastik dalam Bahasa Melayu yang jarang kita gunakan...



POLEMIK
Maksud :
Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat


MARHAEN
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]
Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.


KULAWARGA
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia


DASAWARSA
Maksud:
Dekad
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.


IKHTISAR
Maksud:
Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]
Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


TAMSIL
Maksud:
Seperti,umpama, misal
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Tamsilnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.

WASILAH
Maksud:
Ikatan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]
Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru.
NIRMALA
Maksud:
Suci
Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]
Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

SAKINAT
Maksud:
Ketenangan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]
Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinat berpanjangan


SINERGI
Maksud:
Kerjasama
Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .


USLUB/MINHAJ/MANHAJ
Maksud:
Kaedah, cara
Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]
Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.

PRAKARSA
Maksud:
Inisiatif
Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.

AFORISME
Maksud:
Ungkapan, peribahasa, bidalan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

SIRNA
Maksud:
Hilang
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]
Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.


JAGATRAYA
Maksud:
Seluruh dunia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.

SEANTERO
Maksud:
Seluruh
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]
Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.


OBLIGASI
Maksud:
Kewajiban
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

MAYAPADA/MARCAPADA
Maksud:
Dunia moden
Aplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]
Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa marcapada ini


MAPAN
Maksud:
Tidak berubah, sudah diterima umum
Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.


SEYOGIA
Maksud:
Sepatutnya
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.

SEMENTELAHAN
Maksud:
Tambahan pula
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
MAUDUK
Maksud:
Pokok perbincangan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.

PADAU
Maksud:
Layar
Aplikasi dalam ayat
Sebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.

TEGAR
Maksud:
Tidak dapat dilenturkan, keras
Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]
Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.

KONGKALIKUNG
Maksud:
Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik
Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit

MENYISIR
Maksud:
Mengemaskan
Aplikasi dalam ayat
Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.

MAHMUDAH
Maksud:
Terpuji
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat mahmudah jika diaplikasikan dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.



GEMULAH
Maksud:
Arwah
Aplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.

CERITERA
Maksud:
Cerita
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.

INTI PATI
Maksud:
Bahagian yang penting
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia


BERIJTIHAD
Maksud:
Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.

MENGHADAP
Maksud:
Menghala, mengarah
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.

BELASUNGKAWA
Maksud:
ucapan takziah
Aplikasi dalam ayat:
Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka

KENDATIPUN
Maksud:
Meskipun
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai tabungan.



SIGNIFIKAN
Maksud:
Penting
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]
Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja

TERAMPIL
Maksud:
Cekap dalam melaksanakan sesuatu
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]
Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.

PROGNOSIS
Maksud:
Ramalan,telahan
Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.

PROKLAMIR
Maksud:
Pengisytiharan
Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]
Kerajaan telah menyampaikan proklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.

TRAGEDI
Maksud:
Peristiwa yang menyedihkan
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]
Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.

KULAWARGA
Maksud:
Keluarga
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Kulawarga dewan sekalian,
Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.

JALUR LEBAR
Maksud:
Rangkaian yang mempunyai julat yang besar
Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]
Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat


NIHILISME
Maksud:
Fahaman yang menolak nilai
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka


MOBILITI
Maksud:
Perihal mudah bergerak dan digerakkan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]
Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah kecemerlangan

HEDONISME
Maksud:
Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.

FRANCAIS
Maksud:
Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]
Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.

SAF
Maksud:
Baris
Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]
Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.

PARADIGMA
Maksud:
Model yang jelas tentang sesuatu
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.

KODIFIKASI
Maksud:
Kegiatan menyusun maklumat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.



ENTENG
Maksud:
Ringan, mudah
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.


CAKNA
Maksud:
Ambil berat
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]
Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.


TUNTAS
Maksud:
Menyeluruh dan lengkap

Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]
Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..

IZHAR
Maksud:
Jelas
Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU]
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.

AFDAL
Maksud:
Lebih baik
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.

JERAYAWARA
Maksud:
Pameran, ceramah
Aplikasi dalam ayat:
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.

REKAYASA
Maksud:
Penerapan unsur-unsur ilmu
Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru]
Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.

EGOSENTRIK
Maksud:
Mementingkan keperluan diri
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]
Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.

ADIWANGSA
Maksud:
Bangsa mulia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..

EGALITARIANISME
Maksud:
Fahaman bahawa semua orang sama rata
Aplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]
Konsep 1Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa

ATMA
Maksud:
Jiwa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.


BOBROK
Maksud:
Rosak, binasa
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]
Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.


PENGITLAKAN
Maksud:
Membuat rumusan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]
Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.

EFISIEN
Maksud:
Berkesan
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]
Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.

GELANDANGAN
Maksud:
Merempat
Aplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]
Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.


DEWASA
Maksud:
Kontemporari, semasa
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]
Dewasa ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.


SIMBIOSIS
Maksud:
Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma
Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU]
Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.


PIDANA
Maksud:
Kejahatan
Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]
Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan.


NINGRAT
Maksud:
Orang mulia
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.


JEMBEL
Maksud:
Miskin
Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]
Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan


MURBA
Maksud:
Rakyat jelata
Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]
Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong dasar 1Murid 1Sukan.


PROLETAR
Maksud:
Kaum yang suka membunuh/ membuat kacau
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]
Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.




TIPS MENJELANG HARI PEPERIKSAAN



• Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota – nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku – buku teks.

• Pada saat ini juga anda seharusnya sudah dapat membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada rakan – rakan anda sendiri supaya dapatmembincangkan apa yang telah anda pelajari selama ini.

• Bertukar – tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya.

• Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.

• Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pada jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda.

• Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang – kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan.

• Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti.

• Elakkan daripada berbual – bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah.

• Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri mana – mana peperiksaan sekalipun.

• Pastikan kad pengenalan diri anda ada dibawa bersama.

• Semak dan tentukan bahawa anda menjawab di tempat – tempat yang disediakan.

• Sebarang kesilapan akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan.

• Sebaik sahaja mendapat kertas soalan, bertenanglah. Baca segala arahan dalam kertas soalan dengan teliti.

• Pastikan anda benar – benar faham dengan kehendak soalan itu sebelum memulakan sesuatu peperiksaan.

• Tentukan jumlah masa yang perlu untuk menjawab satu – satu soalan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan.

• Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan. Markah penuh bagi satu – satu soalan dinyatakan dalam kertas soalan itu.

• Peruntukan juga masa untuk menyemak jawapan anda. Pastikan anda telah mengikut arahan yang betul semasa menjawab soalan. Semak bahasa atau tatabahasa, penyampaian, ejaan dan sebagainya kerana semua ini diambil kira, selain fakta yang dkehendaki.

• Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya.






PETUA KECEMERLANGAN



Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10% apa yang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum




6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum
guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji:
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.




SEBELUM PEPERIKSAAN


Ini merupakan tips kepada semua pelajar sebelum menjelang peperiksaan.... buat anak-anak murid cikgu.... silalah amalkan tips ini yerrr......


a. Cuaca
i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan
dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis
penyakit

b. Waktu Rehat
i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar
tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu
yang tertentu
ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting
untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan
i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman
bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan
pada perut.
iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi
lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana
terlalu kekenyangan.





d. Emosi
i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih
baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum
menjawab.
iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir
panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa
kurang yakin serta mudah putus asa.
iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan
yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa.
Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan
berakhir dengan tekanan emosi.
v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang
dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.








DISLEKSIA


Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

A)Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

B)Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat

C)Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

D)Bercakap dan mendengar
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

E)Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.






MASALAH PEMBELAJARAN


MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.

Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Punca -punca masalah pembelajaran

Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :

1. punca biologi 2. Punca psikososial

Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.

Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.

Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.

Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.

Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.

Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.

Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.

Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.

Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

Masalah membaca

Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )

Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.

Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

Kanak -kanak hiperaktif

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Kekekokan

Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.

Gangguan Emosi

Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..

Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.

Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.

Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.







BIODATA RASULULLAH


Hari ni.. cikgu nak kongsikan sesuatu yang sangat berguna buat kita semua sebagai seorang islam.. yang kita semestinya wajib mengenali Rasulullah kita....

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama:
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

Nama-nama lain :
• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy.

Agama :
• Islam.

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.


Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah , Al-A’bbas.
• Sufiah , Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )