APAM POLKADOT
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
- 3 biji telur 
 - 275 gm tepung gandum* 
 - 3 sudu teh baking powder*
     (diayak bersama tepung gandum) 
 - 150gm susu segar (fresh
     milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat 
 - 1 sudu teh ovallete 
 - Filling blueberry secukupnya
     (masukkan ke dalam piping bag) 
 - Pewarna & Esen Vanilla 
 - 200 gm gula halus (boleh
     kurangkan jika tak suka manis) 
 
Cara-cara 
- Pukul telur dan gula hingga
     kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI
     dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer.
     Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak
     adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada
     beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa 
 - Masukkan setiap warna ke
     dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 
 - Picitkan sedikit adunan ke
     dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna
     acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik 
 - Picitkan blueberry filling
     secukupnya 
 - Picitkan lagi adunan
     sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan 
 - Kukus didalam kukusan yang
     telah dipanaskan selama 10-15 minit 
 - Jangan buka api besar semasa
     mengukus. Nanti merekah 
 - Boleh tukar filling (inti)
     apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut
     butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka. 
 
No comments:
Post a Comment