PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL




1.1 Asal-Usul
Pendekatan Tindakan Sosial adalah satu teori yang diaplikasikan daripada penyelidikan dan teori tingkahlaku. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura dan Emile Durkheim. Teori ini dibina daripada prinsip-prinsip pelaziman operan oleh Bandura dan dikenali juga sebagai Pembelajaran Sosial kerana ianya menekankan cara kanak-kanak dan orang lain bertingkahlaku secara betul dalam konteks sosial. Pembelajaran Sosial bererti mengetahui apa yang harus dilakukan, bila, di mana, dan apa yang tidak harus dilakukan.

Albert Bandura
Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya.

Beliau menegaskan Teori Pembelajaran Sosial ini adalah dengan cara membuat pemerhatian terhadap tindakan orang lain melakukan sesuatu. Bandura menggariskan tiga bentuk peniruan :
a) Meniru secara langsung – iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung melalui menonton filem,video,mendengar huraian atau gambar foto. Contohnya murid melihat guru atau ibubapa cara berpakaian, percakapan, gaya berjalan fdan juga tindakan.

b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan - sekatlakuan ialah sekatan tingkahlaku yang sesuai dalam situasi A tapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya murid bersorak di padang tapi tidak boleh dilakukan dalam kelas kerana merupakan suatu kesalahan dan melanggar peraturan.
Tak sekatlakuan ialah murid meniru sesuatu perlakuan seperti bersorak dan terus melakukan dalam kelas tanpa dihukum kerana guru yang baru atau lain yang tidak marah bersorak bila memberi jawapan yang betul bila disoal.

c) Peniruan melalui elisitasi - murid akan turut melakukan apa saja lakuan yang dilakukan oleh orang sekiranya ia tahu bagaimana cara untuk melakukan tindakan itu. Contohnya melihat kawan membaca buku lalu ia juga memngeluarkan buku terus membaca. Keinginan membaca timbul bila lihat kawan yang lain membaca.

Emile Durkheim
Emile Durkhem dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis, yang terletak di Lorraine. Ia berasal dari keluarga Yahudi Perancis. Durkheim sangat mementingkan tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan integriti mereka dalam era moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak lagi dapat dipastikan. Dalam usaha untuk mengkaji kehidupan sosial dalam masyarakat moden, Durkheim cuba untuk mencipta satu daripada pendekatan saintifik kepada fenomena sosial. Bersama-sama Herbert Spencer, Durkheim merupakan salah seorang pengkaji pertama yang menerangkan kewujudan dan kualiti beberapa bahagian berlainan dalam masyarakat, berdasarkan kepada apakah fungsi mereka dalam mengekalkan kesihatan dan keseimbangan masyarakat. Ini dinamakan sebagai fungsionalisme.
Teori moral Durkheim didefinisikan sebagai kolektif moral atau falsafah altruisme. Moral bukan saja berguna untuk individu yang boleh menerima pengorbanan diri sendiri tetapi juga untuk kepentingan masyarakat. Durkheim mengenengahkan beberapa prinsip dan pandangan terhadap moral seperti :

1. Masyarakat sebagai Organisma
Beliau percaya masyarakat mempunyai tujuan boleh justifikasi kepada segala tindakan moral dan moraliti. Moraliti dicipta untuk kegunaan semua manusia tetapi tidak sesuai untuk individu.

2. Altruisme sebagai punca organisma
Menurut beliau lagi, individu mampu melakukan keganasan atas nama agama atau kehendak masyarakat, tindakan sebegini adalah sifat biasa bagi suatu masyarakat. Jadi masyarakat merupakan satu organisma kerana setiap orang berfungsi untuk menggerakkan masyarakat, dan masyarakat itu akan bergerak dalam satu hala tuju yang sama.

Durkheim sangat berminat dalam pendidikan. Ini disebabkan beliau telah ditugaskan secara profesional dengan guru-guru pelatih, dan beliau menggunakan kebolehannya untuk membentuk kurikulum dalam usahanya membolehkan sosiologi diajar secara terbuka. Durkheim juga berminat tentang pendidikan yang mana ia boleh digunakan untuk melengkapkan rakyat Perancis dengan latar belakang yang dikongsi dan sekular, yang penting untuk mengelakkan anomie dalam masyarakat moden. Selain itu, beliau juga mencadangkan pembentukan kumpulan profesional untuk ditugaskan sebagai sumber perkembangan untuk orang dewasa. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi pendidikan iaitu:

1. Untuk meningkatkan soladiriti (sosial)
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja.






No comments:

Post a Comment