SEJARAH SEKOLAH


SKSKr....




Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan mula ditubuhkan pada 14 April 1946. Ketika itu ia dikenali sebagai “Sekolah Rakyat”. Sekolah ini terletak di Ladang Padang Meiha Rumah pekerja Ladang telah digunakan sebagai bilik darjah. Diawal penubuhan sekolah ini, ia hanya mempunyai seorang guru dan 32 orang pelajar. “Guru Peneroka” sekolah ini ialah Cikgu Hussein B Sharif. Beliau juga merupakan Guru Besar pertama sekolah ini mulai 1946 hingga 1948.



Pada tahun 1948 Guru Besar sekolah ini telah diambil alih oleh En Ishak B Abdul Razak. Beliau bertugas sehingga tahun 1950. Semasa di bawah pentadbiran beliau bilangan pelajar telah bertambah menjadi 86 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah seorang guru telah ditambah iaitu Encik Abdullah B Osman. Dua tahun kemudian iaitu pada 1950 seorang lagi guru telah ditambah iaitu Encik Abdul Aziz B Fakir Muhamad, memandangkan jumlah pelajar telah bertambah menjadi 102 orang.



Encik Ahmad B Daim kemudian ditugaskan menjadi guru besar dari tahun 1950 hingga 1959. Pada tahun 1959 sekolah ini telah bertukar wajah. Sebuah bangunan tambahan yang bernilai RM 10,000.00 telah didirikan. Ketika itu pelajarnya telah meningkat kepada 186 orang. Guru Besar yang berikutnya ialah Tuan Haji Salleh. Beliau menjadi guru besar selama lima tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1964. Encik Hussein B Sharif kemudian dilantik semula sebagai guru besar dari tahun 1964 hingga 1977. Bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar pada 12 Jun 1966. Sekolah ini kemudian dikenali sebagai Sekolah kebangsaan Padang Meiha sempena dengan nama ladang.



Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan guru besar sekolah ini. Selepas Encik Husseian B Sharif bersara, tempat beliau telah diganti oleh Encik Mansor B Labait iaitu pada tahun 1977. Semasa di bawah pentadbiran beliau, Sekolah Kebangsaan Padang Meiha telah bertukar tempat. Beliau bertugas di sekolah sehingga 1984.



Pada tahun 1972 Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah membeli sebidang tanah seluas 7 ekar daripada pihak pengurusan Ladang Padang Meiha dengan harga RM12,000.00 untuk dijadikan tapak sekolah baru. Enam tahun kemudian iaitu pada tahun 1978 barulah bangunan baru sekolah ini didirikan di bawah Skim Pinjaman Bank Dunia, Bangunan yang didirikan hanyalah sebuah blok dua tingkat yang mempunyai lapan bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah Pejabat. Pada bulan September 1979 bangunan baru ini mula digunakan. Sejak dari tarikh itu Sekolah Kebangsaan Padang Meiha telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan.



Setelah Encik Mansor B Labait bersara sebagai guru besar sekolah ini pada 1984, tempat beliau telah diganti oleh Tuan Haji Mohd Rehab Bin Mahmud. Tuan Haji Mohd Rehab Bin Mahmud bertugas sebagai guru besar sekolah hanya selama dua tahun iaitu dari 1984 hingga 1986. Kemudian beliau diganti oleh Tuan Haji Buang Bin Haji Awang iaitu dari tahun 1986 hingga 1988. Semasa di bawah pentadbiran beliau jumlah pelajar telah meningkat sehingga bilik darjah yang ada tidak mencukupi. Dengan itu beliau telah memohon didirikan bangunan “Gotong Royong” yang mempunyai empat bilik darjah dengan kos RM40,000.00. Bangunan tersebut telah didirikan pada tahun 1987.



Pada awal tahun 1988 Tuan Haji Buang Bin Haji Awang telah ditukarkan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik. Tempat beliau telah diganti oleh Tuan Haji Murad Bin Ismail. Tuan Haji Murad juga tidak lama di sekolah ini. Beliau hanya dapat bersama dengan warga sekolah ini sehingga tahun 1990. Kemudian tempat beliau diganti oleh Tuan Haji Omar Bin Yahaya iaitu dari tahun 1990 hingga 1993. Sekolah ini adalah di antara sekolah-sekolah yang dipilih untuk memulakan kelas prasekolah Annex iaitu pada tahun 1992. Dari tahun 1993 hingga 1995 sekolah telah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Wahab Bin Ahmad sebagai guru besar. Ini dikuti oleh Tuan Haji Aziz Bin Man iaitu dari tahun 1995 hingga 1997. Tuan Haji Aziz telah bersara wajib di sekolah ini iaitu pada tahun 1997. Puan Hajjah Rohaya Binti Wan Chik kemudian dilantik menjadi guru besar sekolah ini iaitu dari tahun 1997 hingga 1999. Pentabiran sekolah ini sekali lagi bertukar tangan dimana pada tahun 1999 Tuan haji Abdullah Bin Md Isa telah lantik sebagai guru besar sekolah ini. Beliau berada di sekolah ini sehingga tahun 2001.



Memandangkan bahawa pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada teknologi maklumat, sebuah makmal computer telah didirikan pada tahun penghujung tahun 2001. Mulai tahun 2000 projek-projek perumahan di sekitar kawasan Sungai Karangan dan Padang Meiha telah membangun dengan pesat dan dengan itu jumlah pelajar sekolah ini meningkat dengan begitu mendadak sehingga bilik-bilik darjah yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ada. Pada tahun 2002 Kementerian Pendidikan telah meluluskan pembinaan bangunan tambahan iaitu dua blok bangunan empat tingkat. Blok baru ini mengandungi satu tingkat Pejabat, satu tingkat bilik guru, satu tingkat Pusat Sumber dan dua belas bilik darjah. Pada masa ini guru besar sekolah ini ialah Tuan Haji Wan Tahti bin Wan Ibrahim. Beliau mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2001.



Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada Januari 2003. Sehingga kini jumlah murid sekolah ini ialah seramai 766 orang. Jumlah kelas ialah Sembilan kelas, dua kelas Prasekolah, sebuah kelas Pemulihan. Sekolah ini juga adalah diantara sekolah-sekolah yang dipilih untuk memulakan pengajaran j-QAF iaitu pada tahun 2005. Jumlah guru yang ada hingga kin ialah seramai empat puluh empat orang dan kakitangan bukan guru ialah seramai 6 orang iaitu seorang Pembantu Tadbir, dua orang Pembantu Pengurusan Murid, seorang Pembantu Awam Rendah dan dua oran Pekerja Rendah Awam.



Sebagaimana bertambahnya bangunan-bangunan yang ada begitu jugalah diharap pada peningkatan prestasi sekolah ini. Prasarana sekolah ini juga telah banyak berubah dengan berbagai kemudahan telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semoga Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan akan menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2010. Guru Besar En Wan Tahti telah pun bersara pada tahun 2007. Semasa pentadbiran beliau Bilik Pusat Akses sekolah telah diadakan di sekolah ini iaitu sebanyak 10 buah komputer untuk kegunaan murid.



Selepas persaraan En Wan Tahti, Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan telah mendapat guru besar yang baru iaitu En Sapiai Bin Long. Beliau mula bertugas di sekolah ini dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan banyak memberi sumbangan kepada sekolah. Sifat penyayang, kebapaan dan prihatin menjadikan beliau guru besar yang amat disegani dan disayangi oleh semua warga sekolah... Beliau juga tidak pernah lokek dengan senyuman....



Bulan Jun 2011, SK Sg Karangan sekali lagi mendapat guru besar baru setelah persaraan En. Sapiai Long. Kini, sek ini diterajui oleh Tn Hj Habib Bin Che Rus selaku guru besar. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perguruan ini.




5 tips memikat hati pasangan anda......

1) Ingat Tarikh Penting
- Ini penting sebab menunjukkan yang kita ambil tahu tentang si dia. Contoh, tarikh lahir si dia. Jangan lupa sebab pantang nenek moyang si dia andainya pasangan cucu cicitnya lupa tarikh-tarikh penting. Lagi satu contoh, tarikh mula couple.

2) Bantu Ringankan Beban
- Jangan berat tulang kalau mahu teruskan hubungan dengan si dia. Kalau pergi shopping tu, tolonglah bawa barang-barang yang di’beli si dia. Si dia suka sekiranya anda membantu, jadilah pasangan yang ideal buatnya.

3) Memberi Pujian
- Ini yang paling indah bagi golongan girls. Cubalah memberi sedikit pujian kepada si dia, ada baik sekiranya anda ikhlas dalam memuji(ramai yang tidak ikhlas dalam memuji). Hindarkan perasaan malu/segan dalam memuji si dia, tidak romantiklah beb kalau malu/segan.
4) Jadi Pendengar Yang Baik
- Walaupun si dia bercakap tentang hal-hal yang membosankan pada anda, layannnn je! Tidak perlu bagi reaksi sebab nanti kantoi yang anda tidak suka topic yang di’bincangkan. Ayuh mendengar!

5) Penuhi Hajat
- Ini yang paling sukar, sebab tu kedudukannya di’akhir sekali. Kalau anda mampu penuhi hajat si dia, anda adalah orang yang paling bahagia dan akan mempunyai detik-detik hidup yang semuanya indah belaka. Kalau si dia kata bestlah lagu dalam album baru penyanyi baru tu, itu maknanya si dia bagi signal suruh beli album tersebut. So, tunaikan hajat si dia.

sumber:http://www.umplife.com/t552-5-cara-memikat-hati-pasangan-anda







Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


~Usman Awang~

JOM CUBA...

sebenarnya, cikgu ni tk pandai bab masak memasak ni... tp tercuba la suatu hari nan indah tu... masakan ni... dan menjadik... sedap...  jom cuba...

APAM POLKADOT

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

 Selamat Mencuba :)





Hari Guru...

Kami guru Malaysia.. berikrar dan berjanji... mendidik dan memimpin.. putera puteri negara kita...
haaaaa.... sukanya cikgu eim nyanyi lagu tu... setahun sekali... sambut hari guru... terima kasih yerr.. kpd semua anak2 murid cikgu yang berkesudian memberi hadiah.. dan mengwishkan Happy teacher's day.. dan terspecial sekali kpd Fateen yg sudi nyanyikan lagu buat cikgu.... cayang korang...