SPAGETI MARINARA
Bahan-bahan
300 g spageti (direbus)
2 ekor udang
2 ekor tiram
2 ulasbawang putih (dicincang)
1 labu bawang merah (dicincang)
1 ekor sotong ( dihiris)
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk lada sulah
Bahan Sos
200 g tomato (dibuang kulit dan dikisar)
1 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit daun parsli dan oreganu
sedikit serbuk lada hitam
[panaskan semua bahan sos marinara di dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Simpan di dalampeti sejuk]
Cara-Cara
Panaskan minyak zaitun atas api sederhana.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkkan udang, tiram, sotong dan serbuk lada sulah. Biarkan sehingga makanan lauk empuk.
Tambahkan sos marinara dan kacau rata.
Masukkan spageti dan masak selama 2 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment